Tuesday, June 30, 2009

Peristiwa penting bulan Rejab

Salam kengkawan...

Sepertimana yang telah kita ketahui, skrg dah masuk bulan Rejab (tarikh aku posting artikel ni dah 7 Rejab 1430). Mungkin ade yang tak sedar, tapi tak pe... Aku pun kadang2 tak perasan sbb kita selalunye guna kalendar omputih.. (mengaku jela... don't be hypocrite). So sebagai penutup kepada posting untuk bulan Jun ni, aku nak kongsi ngan korang peristiwa-peristiwa penting yang telah terjadi dalam bulan Rejab. Artikel ni aku amik daripada Jabatan Mufti Melaka (http://www.al-azim.com/masjid/rejab/). So, sumbernye leh dipercayai.. selamat membaca dan selamat beramal... :)
____________________________________


Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

1.Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj

Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.


Thursday, June 25, 2009

Value blog ku dlm USD!

Aku dpt satu link dr kwn aku.. leh estimate blog atau website value dlm USD. Kalo korang rase nilainye leh cover life korang sampai 10 tahun, try la jual, senang.. tak yah keje, dok umah sampai montel.. hehe.. ni address nye :

http://www.stimator.com/

Dan keajaiban telah berlaku kepada blog aku... walaupun hanya baru berusia tak sampai sebulan dan hanya beberapa post yang tak sampai 100 patah perkataan, telah berjaya mencecah... jeng jeng jeng ...


Yaaaa.... itu dia...berguling2 biji mata aku tgk.. hehe.. jadi sape mau beli blog aku ? Aku nak cuti untuk 20 tahun ni... hehehe...

Web Komuniti Melayu

Saje nk tolong promote web komuniti kwn aku nih..



http://www.keriswarisan.com

Web ni best, ade byk topik2 yg membincangkan kehidupan org melayu samada masa dolu2 dan yg terkini. Diorg ade kumpulkan fakta2, sejarah2 dan sdg cuba mengekalkan warisan budaya org melayu. Baru2 ni juga, diorg ade anjurkan kelas tarian melayu.. bertempat kat Damansara, korang tgk kat web advertisement sebelah kanan kat web ni la ye.. yg penting, ianya FREE... belajar dr basic. So, sesaper yg berminat, leh la join.. mostly yg dtg, budak2 baru yg start dr zero.. so, xyah segan..

Sunday, June 21, 2009

My top 10 links

Ahaa... kat bwh ni, aku list kan 10 links yg aku rs best dan leh di share ngn korg sumer.. enjoy!

- utk sesaper yg rase2 diri die mcm duduk dlm gua, try la buka2 kosmo ni.. amik tau hal dunia sket..

- leh dgr ayat2 suci al-Quran.. kalo ade mase lapang, dgr2 kan la.. dan selamat beramal..

- sesaper yg nak blajar psal programming - struts2, spring2, ajax.. amik nih..

- web tutorial yg sgt bagus utk beginner

- kat sini ade byk gile Joomla template, addon, tools, free jek download

- sesaper yg tgh mencari keje kosong (swasta + kerajaan).. sila2 la tgk.

- ni pun same utk sape2 yg tgh cari keje kosong.

- amik tau sket hal2 agama

- kalo sesaper ade kemusykilan, leh tanye kat sini..

- kalo rase2 mlas nk menapak gi kedai buku, leh beli online jek kat sini..

wokeh... tu jek.. sila2 tgk ye..

Saturday, June 20, 2009

AliCafe satu!

Kali ni aku nk review something..(cewah..sjak bile aku jd reviewer ni?) Korg penah dgr x Alicafe? Dah penah pegi? ahaaa... kalo jwp nye blom, aku suggest kan korg pegila..skali seumur idup pn xpe..(keh3x...apehal aku ni beriya sgt ni? tarappappaa...) sbb mkanan kat sane, mmg best.. environment cafe nye pn cool jek..santai mcm kat tepi pantai..(keh3x..tipu la tu kan..) Alicafe ni kire cam ala-ala kopitiam..seangkatan dgn PakLi..Kluang Station..dsb..

Ni signboard nye..

Alkisahnye, aku bru jek pegi mlm td ngn member aku kat Kelana Jaya (dkat ngn Unitar / Giant) ..sblm ni diorg dh canang2kan tpt tu best, cume aku jek yg lom ade kesempatan utk smpi ke sane. Akhirnye, telah diizinkanNya, aku pegila mlm td. Tp aku x mkn pn.. cume minum air die yg plg 'kawww'... aligo-coco...(betul ke aku eja ni? hentam jeklaa..) tp air ni mmg sdp gle...x same ngn yg instant 3-1 punye..


pastu aku paww nasi lemak member aku.. sambal die wat aku terangkat maa.. seb baik perut aku tgh kenyang, kalo x mau gak blasah.. roti bakar die pn sdap gak.. sape2 yg minat western food, pn ade jugak.. harga mkanan die pulak..hmm..leh tahan laa bg jenis spesis cam aku ni..(yg xde berduit sgt, ckup utk kenyangkan perut sndiri jek, heheh..).. yg bestnye ade wifi.. member aku ckp, line nye laju..tp aku xdpt nk verify la sbb time tu aku bw ape2 device yg leh try.. hs aku pn skrin kaler itam putih jek.. (paham2 jela..1G pn ntah ade ke x, apekan pulak 3G..hehe).. korg leh lepak kat situ berejam2 pn xpe.. tp order la segelas dua air.. jgn la kedekut sgt.. reward2 kan diri anda.. hehe..


So, tu jela.. so sape2 yg ade kat area shah alam, pj.. leh la dtg kat KJ ni.. cawangan lain aku xtau kat ne.. berbaloi utk try..

p/s : dgr2 kalo sllu dtg alicafe, leh masuk dlm iklan.. femes tu.. keh3x..

adios!

kopi~ungu

Salam kengkawan..

Ni adalah first post aku...oleh itu, aku pn xtau nk citer ape kat sini..bak kata pepatah..tarappappa..hahaha..

Sikit info ttg diri aku.. biasenye kawan2 aku panggil aku 'man'. Tp kdg2 diorg panggil aku 'tengku' dan yg paling latest, 'roy'. Aku pn x phm nape diorg suke sgt bg nickname kat aku..tp aku x kisah pn..mcm dlm iklan..aiman x kisah..hehehe..so, just layanzzz..

Untuk keselematan diri, kat sini aku nk declare. Ape2 yg aku tulis kat sini adalah dtg dr idea aku sendiri...mungkin ade yg akan aku copy paste dr sumber2 yg akan aku nyatakan kemudian. So, ianya xde kene mengena dgn sesaper..okey?

So, hepi reading my writing..and enjoy!